Monday, March 16, 2009

TEMPAT MENARIK

Di negara kita terdapat pelbagai tempat-tempat yang menarik yang boleh dijadikan pusat pelancongan.Oleh itu,sektor pelancongan dapat berkembang pesat sejajar dengan perkembangan sektor ekonomi yang lain.Secara tidak langsung,dengan kelebihan yang ada di negara kita ini ia dapat menarik minat pelancong untuk melancong di dalam negara kita. Selain itu,apabila agensi pelancongan berkembang maka peluang pekerjaan meningkat serta masalah pengangguran dapat dikurangkan.Rakyat Malaysia perlulah mengambil peluang dan tidak mensiakan peluang yang ada.Apabila rakyat negara kita menggunakan peluang ini maka kemasukan warga asing untuk bekerja di negara kita dapat dikurangkan.

No comments:

Post a Comment